Tuesday, June 8, 2021

Tak kan Kembali lagi

 Mihrab Al Quran Rabu 9th June 2021


Tak kan Kembali lagi 




Sebelum di komakan kerana sakit, untuk menerima rawatan lanjut terfikir perjalanan itu walaupun belum mati lagi tetapi kita sudah putus hubungan dengan dunia. 

Harapan pada waktu itu hanya Al Quran . Hati masih hidup hanya jasad koma . Al Quran menemani perjalanan akan tenang . Barokah Al Quran .

Putaran hidup tak menjanjikan kelapangan berpanjangan , moga dalam kesempitan Allah mengizinkan kebaikan kita mengalir semula pada kita . 

Fastabiqul Khairat : - Berlumba-lumba dalam Kebaikan





Masa terus bergerak , tidak mungkin kita dapatkan semula masa yang telah berlalu . 
Penyesalan manusia kerana masa yang datang tidak kita gunakan . 

Masa adalah modal terbesar Alla berikan pada kita . Peluang beramal soleh . 



Surah Al Kahf Ayat 49

وَوُضِعَ الْكِتٰبُ فَتَرَى الْمُجْرِمِيْنَ مُشْفِقِيْنَ مِمَّا فِيْهِ وَيَقُوْلُوْنَ يٰوَيْلَتَنَا مَالِ هٰذَا الْكِتٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيْرَةً وَّلَا كَبِيْرَةً اِلَّآ اَحْصٰىهَاۚ وَوَجَدُوْا مَا عَمِلُوْا حَاضِرًاۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ اَحَدًا ࣖ

49. Dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, “Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya,” dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.


Kitab Amalan

Kitab amalan sewaktu diberikan kepada kita di hari Akhirat nanti . Tidak ada satu pun baik perkataan, tindakan fikiran dan type kan . Segala penipuan tidak ada yang tersembunyi . 

Assyahid Imam Hassan Al Banna : Masa adalah hidup . Tidak ada hiidup bagi manusia melainkan pada waktu dia beramal . Segerakan Taubat , jangan bertangguh . Bersegera untuk meraih Syurga . Terbaik Beristighfar setiap masa . 


Dua kali menurut Al Quran manusia akan merasa Penyesalan . 

Masa pertama adalan Saat ajal sudah hampir tiba . Detik terakhir manusia berhijrah dari Alam Fana ke Alam Baqa' . Lepas Solat Tahajjud fikir lah anytime kita boleh berhijrah . Dunia sudah tua .

Kalau pada waktu itu kita masih punya banyak cita-cita yang masih belum tercapai, segala impian Alam Fana itu Allah [erlihatkan padanya terkubur dan muncul Penyesalan .

Tidak sempat beramal dan bersedaqah . Dunia dan isinya dilaknat kecuali apa yang terkait dengan Amal Soleh . 

Masa kedua di Akhirat sewaktu semuanya membawa saham masing-masing . Kerugian atau keuntungan. 

Imam Badiuzzaman Said Nursi dalam tempoh kehidupan nya walaupun banyak ujian masih berjuang . Telah 3 kali dihukum dengan hukuman gantung . Di dakwa lebih 700 kali dakwaan. Hidup lebih 10 tahun dalam penjara keran jihad yang Beliau sebarkan . Usaha menghentikan jihad termasuk meracun lebih 15 kali . Kesinambungan Beliau terbesar Risalah An Nur . 

Kalaulah aku perlu ditimpakan kesusahan seperti ini lebih 1000 kali lagi asalkan Islam bersinar , Beliau Rela.

No comments:

Post a Comment

Hidup yg teguh menjulang dan terbilang

Hidup yg teguh menjulang dan terbilang   QS. Ibrahim Ayat 24 اَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللّٰهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَ...