Sabtu 5th June 2021
Surah Al Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa,
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat,
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan,
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Special
Adalah diantara surah yang terawal kita pelajari dan hafal . Rata-ratanya sejak kecil sejak mula-mula mempelajari Al Quran .
Paling ringan dibaca dan paling senang.
Hayati maksud Tauhidnya yang indah.
Asbabun Nuzul
Sekelompok orang Yahudi atau Musyrikin menkehendakkan Rasulullah menyifati Allah. Diberbuat dari apa dan sebagainya . Persoalan yang sengaja dibangkitkan untuk mencabar .
Doa Mustajab
Nabi Muhammad S.A.W. mendengar sahabat berdoa dengan menggunakan Surah Al Ikhlas . Nabi besabda dia telah memohon kepada Allah dengan nama-nama Allah yang hebat, sesiapa sahaja yang meminta Allah akan memberi.
Kehebatan apabila diulang baca banyak kali dan hayati dan jiwai.
Surah yang disandarkan padanya banyak nama
Bagi orang Arab banyaknya gelaran yang diberikan itu menandakan kehebatan yang dimiliki.
Surah An Najah adalah nama lain yang paling popular bagi Surah Al Ikhlas.
An Najah : Keselamatan / Perlindungan .
Kerana beriman dengan Surah ini boleh menyelamatkan kita dari kekufuran di dunia dan menjauhkan kita daripada seksaan api neraka .
Seolah-olah menjadi zikir yang menyelamatkan kita dari kekufuran.
Surah As Somad (Nama Allah) : Tempat berlindung dan bergantung
Suratul Jamal : Keindahan . Ayat-ayat yang terkandung mengandungi keindahan Allah .
Cinta Surah Al Ikhlas
Terdapat sahabat yang sentiasa membawa Surah Al Ikhlas di dalam solatnya. Apabila dia membaca Surah lain dia akan mengakhirinya dengan Surah Al Ikhlas . Apabila Rasulullah bertanya , dia menjawab "Aku terlalu suka dengan Surah Al Ikhlas "
Nabi menjawab "Kecintaan kamu ini akan memasukkan kamu ke dalam Jannah"
Bersungguh-sungguh berdoa dan berhajat pada Allah
اَللّٰهُ الصَّمَدُۚ
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat,
Kadang-kadang kita lebih berhajat pada manusia lebih dari Allah . Ketidakikhlasan berdoa.

No comments:
Post a Comment